Semuanya bermula dengan penubuhan Madrasah Mahmudiyah di Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis pada bulan Februari 2011 yang dirasmikan oleh Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din. Madrasah yang pada awalnya sebagai pusat pengajian untuk warga setempat menuntut Ilmu agama yang kemudiannya berkembang sebagai Pra-Tahfiz.
Apabila melihat keperluan untuk peringkat menengah, maka wujudlah Maahad Darul Faizin. Nama Darul Faizin telah diberikan oleh Al-Marhum AlHabib Sheikh Muhammad Abduh Sulaiman Al- Ahdal, seorang ulama dari Kota Hudaidah Yaman.
Pada tahun 2014 secara rasminya pengambilan batch pertama seramai 30 pelajar menumpang di sebuah masjid yang ditinggalkan kerana dibina masjid yang baru di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Selain pengajian tahfiz Al-Quran, masyarakat sekitar juga mengambil peluang menuntut ilmu dalam pengajian umumi yang diadakan.
Apabila semakin ramai yang hadir dan ruang pengajian semakin sempit, maka kami mula mencari tapak yang sesuai untuk dibangunkan sebuah madrasah yang lebih sesuai.
Akhirnya membawa kami ke daerah Bandar Baharu Kedah, kami membuat keputusan membeli sebidang tanah berkeluasan hampir 8 ekar dan perancangan untuk membangunkan sebuah kompleks pengajian Islam yang sempurna pun dirancang. 31 Mei 2015, bermula kerja-kerja pembangunan yang dirasmikan oleh Al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Musa dan setahun kemudian, tepatnya bulan Oktober 2016, para pelajar mula berpindah ke Kompleks Islam Darul Faizin.
Laluan Pengajian ialah seperti berikut:
Batch pertama di Turkiyer, Batch kedua dan ketiga di Maahad Hami Hadramaut Yaman
Pengajian asas al-Quran dan fardhu ain ini dikhususkan kepada para pelajar seawal usia 7 tahun yang tidak menginap di asrama.
Mereka bersekolah biasa pada sebelah siangnya dan mengikuti pengajian di pra-tahfiz pada sebelah malamnya.
Objektif pratahfiz ialah melahirkan masyarakat yang berpengetahuan asas dalam al-quran dan fardhu ain yang merupakan Ilmu yang wajib dimiliki oleh setiap orang yang Beriman yang diaplikasikandalam kehidupan seharian.
Pengajian bersistem disediakan untuk warga emas yang menetap di rumah warga emas Dalam KIDaF.
Bertujuan menyediakan kehidupan terbaik menurut syariat buat warga tuan menghabiskan usia-usia tua mereka.
Seiring memberikan ilmu yang terbaik supaya mereka dapat beramal sesuai dengan ilmu.
Tidak mengabaikan masyarakat setempat, KIDaF juga menyediakan pengajian secara berkitab yang terbuka kepada seluruh masyarakat setempat mengambil manfaat ilmu.
Seiring peredaran zaman, KIDaF tidak ketinggalan meneyediakan santapan ilmu kepada umat di seluruh dunia melalui platform media.
Pengajian di KIDaF boleh diikuti melalui Facebook, Youtube, Instagram dan TikTok.